Tuesday, March 23, 2010

cinta .

Satu hari tu aku g bilik kak putri ,
nak stusy physic ngan dye .
then aku nampak ade satu buku yang menarik perhatian ku tyme .
then aku tye la kak putri besh ke x cter 2 , dye kate sangat best .
aku tertarik sangat dengan buku tu .
then aku pun pinjam la buku 2 . ya allah .
tersentuh hati aku tyme 2 lepas bace buku 2 .
rase nak jadi je macam wanita dalam buku ni .
tajuk buku 2 PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL .
aku tergelak sendiri coz penulis ni cerita pasal kehidupan dye .
ya allah besh nye kalau aku jadi dye . aku nak share siked ngan korang .
aku copy siked je ape yang ade dalam buku tue ,
if korang nak lebih lanjut korang boleh la beli buku tue oke .
if sudi bace la dengan penuh penghayatan oke . tengs ^.^

aku ingat bende yang penting je ni .

Bingkisan ini ingin kukongsikan denganmu
Buad adek adek remaja yang baru mengenali cinta ,
Ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja , dengrlah pesanku , cintailah allah , nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki

Buad bakal bakal pengantin baru ,

Ketahuilah bingkisan ini ingin memberikan gambaran kepadamu tentang hari hari awal pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan ,
Ketahuilah bingkisan ini ingin membuktikan padamu bahawa kebahagiaan ini bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu

Buad para suami

Ketahuilah bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isterimu
Buad para isteri
Ketahuilah , bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif membahagiakanmu dan mencuit kebijaksanaan mu untuk membahagiakan
Then penulis ni menyatakan tentang bahaya cinta sebelum kahwin

Antaranya

1. Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu

2. Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-nya

3. Hati akan terseksa dengan barah rindu

4. Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan .

5. Cinta lalai akan menyebabkan alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat

6. Aku boleh menjadi x rasional berfikir jika benar benar mabuk cinta

7. Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal , jiwa , dan perasaan .

8. Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik , mana yang buruk untuk diriku .

9. Jika aku dan dia Berjaya melangkah kea lam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat , yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinye

Ayat ayat yang menguatkan hati aku after aku bace buku ni

• Mengikat janji pertunangan tak menghalalkan apa apa , ia bukan tiket kebebasan untuk berdua duaan , aku dan dirimu masih bukan mahram

Aku bekata : Actually penulis ni x pernah nampak tunang dye , then dorang ni even dah tunang pun x pernah jumpe walau sekali n dorang x pernah berbalas sms , chatting n dating . pergh memang aku kagum la dengan dorang .

• Dari lubuk nurani , syukur buat ilahi , rahmatnya melimpah tak bertepi , terjalin mesra dua hati , menamba cinta hakiki , moga kekal ke Firdausi

Aku berkata : Dorang bercinta selepas berkahwin . huhu aku ni x kahwin lagi tapi dah pernah bercinta . ape nak jadi ngan ko ni alia

• Air tangan isteri , petua menakhluki hati suami

Aku berkata : So kepada wanita wanita yang bakal bergelar isteri belajarlah memasak dari sekarang , eish aku kene belajar masak from now ni ! go go alia ! ^.^

• “ jika allah mencintai seorang hamba , maka allah memasukkan kecintaan ini ke dalam hati para malaikat , jika allah membenci terhadap seorang hamba , maka allah memasukkan kebencian itu kedalam hati para malaikat kemudian memasukkan pula kedalam hati manusia ( riwayat anas )

• Rumah tangga itu syurga dunia jika kau bijak mencipta kebahagiannya , sebaliknya ia lubang neraka jika sikapmu menyebabkan kau terbeban melaluinya .

Alia berkata : semoga suatu hari nanti rumah tangga aku macam rumah tangga penulis ini ^.^ .

Nasihat penulis buat mu

Jika kau belum berkahwin , kejarlah allah SWT sebelum mengejar cinta lelaki . tanpa reda ALLAH SWT .andai dirinya kau miliki sekalipon , kau pasti xkan bahagia . percayalah . sia sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat . ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu

Kerana asyik bercinta , mungkin juga jodohmu lagi lambat kerana kebanyakan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah . habis madu sepah dibuang . jika ingin mencari isteri pula , biasanya mereka akan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga

Jika kau seorang isteri , hargailah suami mu walau bagaimanapun keadaannya . cukuplah dengan apa yang dya mampu berikan dan jangan sesekali meminta apa yang diluar kemampuannya , hatta , walaupun mereka mampu memberikan segalanya padamu , jangan sesekali menunjukkan peribadimu yang cinta dunia kepadanya , ia xkan membahagiakan .

Jika kau seorang suami , tiada resipi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati ajaran agama dan memimpin seisi rumahmu kearahnya . moga cintamu berkekalan hingga kesyurga .